Bantuan Elaun RM1000 untuk pencari kerja daripada perkeso kini dibuka untuk permohonan | SourceCo
top of page

Bantuan Elaun RM1000 untuk pencari kerja daripada perkeso kini dibuka untuk permohonan

Jan 27, 2022

Cara mohon Bantuan Elaun RM1000 daripada PERKESO. PERKESO ada menyediaka bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pekerja yang berdaftar di bawah SIP Prihatin 2.0.

Program ini telah diperuntukan oleh Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017, bagi membantu mereka yang telah kehilangan pekerjaan akibat wabak pandemik yang berterusan.

Bantuan SIP
Melalui Program SIP Prihatin ini, permohonan yang lulus akan dapat Bantuan Kewangan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) sebanyak RM300 sebulan untuk tempoh dua (2) bulan sahaja.

Manakala, elaun sebanyak RM400 secara one-off yang dinamakan sebagai Elaun Persediaan Pekerjaan (EPB) pula akan diberikan kepada pemohon sekiranya pemohon berjaya dapat pekerjaan dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh permohonan SIP Prihatin 2.0.

Kadar Elaun
- RM300 x 2 bulan mencari kerja
- RM400 One off selepas berjaya bekerja dalam tempoh 3 bulan

SYARAT KELAYAKAN
Permohonan bagi elaun ini perlu mengikut syarat yang ditetapkan. Berikut adalah kriteria dan syarat kelayakan untuk pemohon :
1. Rakyat Malaysia yang menggangur
2. Hilang pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah SIP (Sistem Insurans Pekerjaan)
3. Berdaftar dalam portal MyFutureJobs & aktif cari kerja
4. Hadir sekurang-kurangnya 6 temuduga dalam 2 bulan

CARA PERMOHONAN BANTUAN ELAUN CARI KERJA
Permohonan dibuat secara atas talian/ online dengan menggunakan aplikasi Prihatin PERKESO.
Muat turun (Download) aplikasi PERKESO di :
- Google Playstore
- Apple App Store
Kemudian, daftar profil anda di Portal MyFutureJobs di https://www.myfuturejobs.gov.my .
Buat pencarian kerja, hadir temu duga & kemaskini Log Aktiviti anda di portal tersebut.
Sekiranya anda dapat pekerjaan, sila kemaskini tarikh kembali bekerja dalam Aplikasi Prihatin yang anda telah muat turun.
Selepas dapat kelulusan, bayaran elaun anda akan dapat secara automatik.

Disclaimers – Semua artikel kami share dihalaman ini merupakan panduan dan ringkasan yang berkaitan dengan “Cara Mohon Bantuan Elaun RM1000 Daripada PERKESO” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Untuk Rujukan Penuh, sila layari: https://www.portalmalaysia.com/cara-mohon-bantuan-elaun-rm1000-daripada-perkeso/

bottom of page